Isnin, 18 Oktober 2010

Kursus Pendedahan KSSR Pend. Islam & B. Arab Tahun 1 2011

Kursus Pendedahan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ini akan diadakan seperti ketentuan berikut:

BAHASA ARAB
Tarikh: 25 & 26 Oktober 2010 (Isnin & Selasa)
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Dewan SK Tanjung Minyak, Melaka
Peserta: Seorang Guru j-QAF yang mengajar Bahasa Arab Tahun 1

Sebarang kemusykilan, sila hubungi Ustaz Kamarudzaman bin Mohd. Isa di talian 232 6725/ 016-6653579.
PENDIDIKAN ISLAM
Tarikh: 27 & 28 Oktober 2010 (Rabu & Khamis))
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Dewan SK Tanjung Minyak, Melaka
Peserta: Seorang Guru Pendidikan Islam yang mengajar Tahun 1
Sebarang kemusykilan, sila hubungi Ustaz Kamarudzaman bin Mohd. Isa di talian 232 6725/ 013-6003674.

Wasiat Imam Syafi'i

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.

Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: “Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

1: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3 : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

 
jQAF SK DATO NANING © 2008