Khamis, 17 Februari 2011

Gambar Mesyuarat Pengelola Majlis Tilawah al-Quran 2011










Alhamdulillah, sebentar tadi telah selesai majlis pengelolaan Majlis Tilawah al-Quran peringkat kawasan Alor Gajah bagi tahun 2011. Majlis dipengerusikan oleh Pn. Guru Besar bersama-sama dengan pegawai-pegawai   PPD dan JPN Melaka yang diketuai oleh Ustaz Zaabar Bin Abu Bakar. Diharapkan agar sekolah-sekolah yang terlibat dapat menyediakan para peserta sepertimana mana yang dikehendaki di dalam sesi pengundian yang telah dijalankan. Sebarang pertanyaan atau masalah bolehla diajukan seberapa segera sebelum tarikh untuk mengemukakan penyertaan tamat selewat-lewatnya pada 21 Februari 2011 ini. Oleh yang demikian diharapkan sekolah-sekolah dapat mengemukakan peserta dan mantap agar dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Semoga perjalanan mesyuarat hari ini mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah s.w.t.

Khamis, 10 Februari 2011

Mesyuarat Pelaksana Majlis Tadarus al-Quran 2011

Semua Guru Besar,
Kawasan Alor Gajah,
Mesyuarat Pelaksanaan Majlis Tadarus Al Quran ( MTQ ) Peringkat Kawasan Alor Gajah akan diadakan pada
Tarikh : 17 Februari 2011 ( Khamis )
Masa   : 2.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan SK Dato Naning
Sehubungan dengan itu tuan/puan diminta menghantar wakil untik hadir di dalam mesyuarat tersebut.
Terima kasih.

 
jQAF SK DATO NANING © 2008