Ahad, 29 Julai 2012
Forum Celik Ramadhan 2012
Alhamdulillah, pada minggu lepas telah diadakan satu forum berkaitan dengan Ramadhan al-Mubarak bertempat di dataran perhimpunan. Forum yang membincangkan tentang amalan-amalan dan perkara yang membatalkan puasa dikelolakan oleh murid tahun 5 mendapat sambutan yang hangat dari murid-murid SKDN walaupun sebelum ini tidak pernah dibuat sebelum ini. Mudah-mudahan aktiviti-aktiviti sebegini akan dapat meningkatkan lagi kefahaman murid tentang hal dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan Islam di sekolah. Insya Allah...
Sabtu, 24 Mac 2012
Festival Kalam Jama'ie Peringkat Kawasan Alor Gajah
Festival tersebut akan berlangsung pada 26 Mac 2012 bertempat di SK Kem Terendak 2, Masjid Tanah bermula jam 8.00 pagi.
Khamis, 23 Februari 2012
Mesyuarat Penyelarasan Pertandingan Kalam Jama'ie 2012
Mesyuarat berkenaan akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 27 Februari 2012
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan SMKA Sultan Muhammad
Semua Guru Besar/Penyelaras dipersilakan hadir.Sebarang pertanyaan sila hubungi Ust. Norhisyam b Miswan, Penolong Pengarah jQAF. Harap maklum
Ahad, 13 November 2011
Majlis Mahrajan (Ihtifal Khatam Al-Quran) j-QAF Peringkat Negeri Melaka Tahun 2011
Pada 9hb Nov 2011 (13 Zulhijjah 1432H ), bertempat di SK Bukit Baru telah berlangsung Majlis Mahrajan (Ihtifal Khatam Al-Quran) Peringkat Negeri Melaka 2011. Kesemua johan dan naib johan dalam kategori tilawah lelaki dan perempuan serta kuiz telah mewakili daerah masing-masing ke Majlis Ihtifal ini. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Ust Che Mat bin Che Leh (Ketua Unit Pendidikan Islam SPI, JPM ) yang mewakili Tn. Hj. Ismail bin Mohmd ,Ketua Sektor Pendidikan Islam, JPM. Turut hadir dalam majlis ini ialah pegawai-pegawai dari Sektor Pendidikan Islam serta Penyelia-Penyelia PPD Unit Pendidikan Islam dari ketiga-tiga daerah. Keputusannya adalah seperti berikut :
Tilawah Lelaki
Tilawah Lelaki
TEMPAT PERTAMA : SK TMN BUKIT RAMBAI
TEMPAT KEDUA :SK MELEKEK
TEMPAT KETIGA :SK PENGKALAN BALAK
TEMPAT KEDUA :SK MELEKEK
TEMPAT KETIGA :SK PENGKALAN BALAK
Tilawah Perempuan
TEMPAT PERTAMA : SK DATO' NANING
TEMPAT KEDUA : SK TMN BUKIT RAMBAI
TEMPAT KETIGA : SK BUKIT BERUANG
TEMPAT KEDUA : SK TMN BUKIT RAMBAI
TEMPAT KETIGA : SK BUKIT BERUANG
Kuiz j-QAF
TEMPAT PERTAMA : SK PAYA RUMPUT
TEMPAT KEDUA : SK BATU BERENDAM 2
TEMPAT KETIGA : SK PENGKALAN BALAK
TEMPAT PERTAMA : SK PAYA RUMPUT
TEMPAT KEDUA : SK BATU BERENDAM 2
TEMPAT KETIGA : SK PENGKALAN BALAK
Khamis, 10 November 2011
Tahniah dan Syabas!!
Puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia rahmat dan inayahnya SKDN telah berjaya mendapat tempat pertama di dalam Majlis Tilawah al-Quran program jQAF kategori tilawah (P) peringkat negeri Melaka yang berlangsung semalam di SK Bukit Baru. jQAF SKDN dan pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada adik Lia Nafeesa bt Halim di atas kejayaan tersebut. Semoga kejayaan ini akan dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.
Isnin, 26 September 2011
AHLAN WASAHLAN!
Selamat Datang kepada para pemantau Pertandingan Bilik jQAF SK Dato' Naning dari SPI Melaka dan PPD Alor Gajah...
Selasa, 20 September 2011
Pertandingan Bilik jQAF 2011
Alhamdulillah, puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan inayahnya Bilik jQAF SK Dato' Naning telah terpilih untuk menjalani penilaian pusingan kedua bagi memilih bilik jQAF terbaik di peringkat daerah Alor Gajah. Terdapat 6 buah sekolah yang layak untuk memasuki pusingan ini di mana kesemuanya akan mula dipantau dan dinilai mulai minggu hadapan oleh para pemantau dari Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Melaka dan Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah. Pelbagai persiapan dan penambahbaikan telah disusun dan diatur bagi menyambut kedatangan mereka yang akan tiba. Mudah-mudahan bilik jQAF SK Dato Naning akan terpilih untuk memasuki peringkat yang seterusnya,Insya Allah...
Isnin, 12 September 2011
Selamat Menempuh Peperiksaan UPSR 2011
Warga SK Dato' Naning mengucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada semua murid tahun 6. Semoga kejayaan menjadi milik kita bersama insya Allah...ma'at tawfiq wan najah..
Rabu, 3 Ogos 2011
AHLAN WASAHLAN!
Selamat Datang ke Bilik jQAF SK Dato' Naning kepada para pemantau dari PPD Alor Gajah yang akan membuat penilaian dan pemantauan mengenai dengan program jQAF di sekolah dan seterusnya mencari bilik jQAF yang akan dijadikan sebagai contoh dan batchmark di peringkat Negeri Melaka. Pelbagai persediaan dan persiapan telah pun disusun rapi bagi menyambut ketibaan mereka yang akan datang pada bila-bila dari sekarang. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t dan yang lemah itu datangnya dari kelemahan diri manusia sendiri. Semoga jQAF maju jaya!!
Langgan:
Catatan (Atom)



