Sabtu, 25 Januari 2014

Jadual Kelas Tasmik 2014


Sabtu, 28 September 2013

Cinta Rasul:Qasidah & Selawat




Selasa, 9 Julai 2013

Ambang Ramadhan




Rabu, 3 Julai 2013

Kem Bestari Solat Kedua







Rabu, 8 Mei 2013

Latihan Kalam Jama'ie 2013

Peserta Kalam Jama'ie sedang sibuk menghafal teks 
Insya Allah pada hari Khamis ini sekolah akan menghantar pasukan Kalam Jama'ie sempena Festival Kalam Jama'ie peringkat Daerah Alor Gajah 2013 yang akan berlangsung di SMK Naning. Sama-samalah berdoa semoga pasukan sekolah mendapat kejayaan..

Selasa, 23 Oktober 2012

Kem Bina Juara & Kem Literasi al-Quran

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Untuk makluman tuan/puan kem tersebut akan dijalankan seperti berikut:

Kem Bina JuaraTarikh: 29-31 Oktober 2012
Masa Pendaftaran  : 8.00 pagi (29 Okt)
Tempat: Taman Botanikal Ayer Keroh, Melaka

Kem Literasi al-QuranMasa Pendaftaran : 8.00 pagi
Tarikh : 30 Okt 2012

Tempat : Kompleks Belia dan Sukan, Ayer Keroh, Melaka

Semua sekolah yang terlibat sila dapatkan surat tersebut di pigeon hole PPD masing-masing. 
Sekian, dimaklumkan.

Ahad, 29 Julai 2012

Forum Celik Ramadhan 2012

Alhamdulillah, pada minggu lepas telah diadakan satu forum berkaitan dengan Ramadhan al-Mubarak bertempat di dataran perhimpunan. Forum yang membincangkan tentang amalan-amalan dan perkara yang membatalkan puasa  dikelolakan oleh murid tahun 5 mendapat sambutan yang hangat dari murid-murid SKDN walaupun sebelum ini tidak pernah dibuat sebelum ini. Mudah-mudahan aktiviti-aktiviti sebegini akan dapat meningkatkan lagi kefahaman murid tentang hal dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan Islam di sekolah. Insya Allah...




Sabtu, 24 Mac 2012

Festival Kalam Jama'ie Peringkat Kawasan Alor Gajah

Festival tersebut akan berlangsung pada 26 Mac 2012 bertempat di SK Kem Terendak 2, Masjid Tanah bermula jam 8.00 pagi.

Khamis, 23 Februari 2012

Mesyuarat Penyelarasan Pertandingan Kalam Jama'ie 2012

Mesyuarat berkenaan akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh     : 27 Februari 2012
Masa      : 2.30 petang
Tempat   : Bilik Gerakan SMKA Sultan Muhammad

Semua Guru Besar/Penyelaras dipersilakan hadir.Sebarang pertanyaan sila hubungi Ust. Norhisyam b Miswan, Penolong Pengarah jQAF. Harap maklum

Ahad, 13 November 2011

Majlis Mahrajan (Ihtifal Khatam Al-Quran) j-QAF Peringkat Negeri Melaka Tahun 2011


Pada 9hb Nov 2011 (13 Zulhijjah 1432H ), bertempat di SK Bukit Baru telah berlangsung Majlis Mahrajan (Ihtifal Khatam Al-Quran) Peringkat Negeri Melaka 2011. Kesemua johan dan naib johan dalam kategori tilawah lelaki dan perempuan serta kuiz telah mewakili daerah masing-masing ke Majlis Ihtifal ini. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Ust Che Mat bin Che Leh (Ketua Unit Pendidikan Islam SPI, JPM ) yang mewakili Tn. Hj. Ismail bin Mohmd ,Ketua Sektor Pendidikan Islam, JPM. Turut hadir dalam majlis ini ialah pegawai-pegawai dari Sektor Pendidikan Islam serta Penyelia-Penyelia PPD Unit Pendidikan Islam dari ketiga-tiga daerah. Keputusannya adalah seperti berikut :

Tilawah Lelaki
TEMPAT PERTAMA     : SK TMN BUKIT RAMBAI
TEMPAT KEDUA         :SK MELEKEK
TEMPAT KETIGA        :SK PENGKALAN BALAK

Tilawah Perempuan
TEMPAT PERTAMA     : SK DATO' NANING
TEMPAT KEDUA         : SK TMN BUKIT RAMBAI
TEMPAT KETIGA        : SK BUKIT BERUANG

Kuiz j-QAF
TEMPAT PERTAMA     : SK PAYA RUMPUT
TEMPAT KEDUA         : SK BATU BERENDAM 2
TEMPAT KETIGA        : SK PENGKALAN BALAK

 
jQAF SK DATO NANING © 2008