Jumaat, 16 Januari 2009

Mesyuarat j-QAF 2009

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Aktiviti j-QAF Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2009

Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan dijalankan sepertimana ketetapan berikut:

Tarikh : 20 Januari 2009 (Selasa)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat PPD Alor Gajah

Diharapkan agar semua ahli jawatankuasa yang menerima surat tersebut di atas dapat menghadirkan diri bagi menyelaraskan aktiviti dan program j-QAF yang akan diadakan pada tahun ini. Semoga kejayaan menjadi milik kita semua. j-QAF world!!

Selasa, 13 Januari 2009

Bahan PnP jQAF

Sila download bahan-bahan pengajaran j-QAF 2009 yang terbaru di http://e-jazirah2u.bravehost.com. Terima kasih.

Jumaat, 9 Januari 2009

Sukatan Pelajaran jQAF

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kepada para sahabat yang masih lagi mencari-cari atau sedang menunggu-nunggu rancangan pengajaran tahunan yang belum lagi tiba, saya cadangkan untuk tindakan semua supaya melawat blog jqaf Langkawi yang telahpun saya masukkan di sebelah kanan blog ini. Mudah-mudahan bahan-bahan yang terdapat di dalamnya akan memudahkan tugas pengajaran sahabat-sahabat semua. Sekian, terima kasih.

Isnin, 5 Januari 2009

Sesi persekolahan 2009

Alhamdulillah, sesi persekolahan bagi tahun 2009 telah dibuka dengan secara rasminya pada hari ini. Ramai ibubapa yang datang bagi mendaftarkan anak-anak mereka di sekolah ini telah datang semenjak dari awal pagi lagi. Suasana begitu meriah dengan gelagat adik-adik kecil yang baru sahaja memasuki alam persekolahan baru di tahun 1. Aturcara persekolahan pada hari ini dimulakan dengan perhimpunan rasmi sambil menyanyikan lagu-lagu patriotik disertai dengan iringan doa bagi memberkati majlis perhimpunan dan sesi baru persekolahan pada tahun ini. kemudian majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis sambil mengucapkan selamat datang kepada murid-murid baru dan selamat kembali kepada murid-murid lain. selepas itu ucapan alu-aluan dari guru besar, Pn. Asiah mengenai sesi baru persekolahan pada tahun ini. Banyak maklumat telah disampaikan bagi melicinkan lagi perjalanan pendaftaran untuk murid yang baru memasuki sekolah ini dan mengemaskini maklumat murid-murid sedia ada. Selesai sahaja perhimpunan semua murid masuk ke kelas dengan diiringi oleh guru kelas masing-masing terutama sekali murid tahun 1 yang masih lagi belum mengerti mengenai peraturan di sekolah ini. Selepas itu mulalah keadaan menjadi sibuk dengan para ibubapa yang hendak menjelaskan persekolahan anak-anak mereka yang baru memasuki sekolah ini. Secara keseluruhannya pendaftaran murid-murid baru berjalan dengan lancar dan pada masa yang sama murid-murid yang lain telah pun memulakan sesi pembelajaran baru dengan semangat dan iltizam yang baru bagi mengangkat nama sekolah untuk menjadi cemerlang di peringkat daerah Alor Gajah menjelang tahun 2010. Teruskan berjuang...

Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah rahmat dan InayahNya dapatlah diwujudkan satu blog khas untuk sekolah kebangsaan dato naning bagi menyebarkan berita dan maklumat yang berkaitan dengan aktiviti dan program atau kursus jqaf yang dijalankan di sekolah ini atau di tempat-tempat lain. mudah-mudahan apa yang dipaparkan di sini akan dapat dimanfaatkan oleh semua blog yang berkaitan dengan program jqaf ketika ini. sukacita juga dimaklumkan segala cadangan dan pandangan dari para tetamu atau sahabat-sahabat jqaf yang melayari blog ini dapat diketengahkan bagi memantapkan lagi program ini. semoga kejayaan akan menjadi milik kita bersama. Wassalam.

 
jQAF SK DATO NANING © 2008