Isnin, 5 Januari 2009

Sesi persekolahan 2009

Alhamdulillah, sesi persekolahan bagi tahun 2009 telah dibuka dengan secara rasminya pada hari ini. Ramai ibubapa yang datang bagi mendaftarkan anak-anak mereka di sekolah ini telah datang semenjak dari awal pagi lagi. Suasana begitu meriah dengan gelagat adik-adik kecil yang baru sahaja memasuki alam persekolahan baru di tahun 1. Aturcara persekolahan pada hari ini dimulakan dengan perhimpunan rasmi sambil menyanyikan lagu-lagu patriotik disertai dengan iringan doa bagi memberkati majlis perhimpunan dan sesi baru persekolahan pada tahun ini. kemudian majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis sambil mengucapkan selamat datang kepada murid-murid baru dan selamat kembali kepada murid-murid lain. selepas itu ucapan alu-aluan dari guru besar, Pn. Asiah mengenai sesi baru persekolahan pada tahun ini. Banyak maklumat telah disampaikan bagi melicinkan lagi perjalanan pendaftaran untuk murid yang baru memasuki sekolah ini dan mengemaskini maklumat murid-murid sedia ada. Selesai sahaja perhimpunan semua murid masuk ke kelas dengan diiringi oleh guru kelas masing-masing terutama sekali murid tahun 1 yang masih lagi belum mengerti mengenai peraturan di sekolah ini. Selepas itu mulalah keadaan menjadi sibuk dengan para ibubapa yang hendak menjelaskan persekolahan anak-anak mereka yang baru memasuki sekolah ini. Secara keseluruhannya pendaftaran murid-murid baru berjalan dengan lancar dan pada masa yang sama murid-murid yang lain telah pun memulakan sesi pembelajaran baru dengan semangat dan iltizam yang baru bagi mengangkat nama sekolah untuk menjadi cemerlang di peringkat daerah Alor Gajah menjelang tahun 2010. Teruskan berjuang...

0 ulasan:

 
jQAF SK DATO NANING © 2008