Rabu, 18 Februari 2009

Siap juga akhirnya!

Alhamdulillah, siap juga blog jqaf sekolah ni. Macam-macam perkara yang kena dibuat. Sebelum ni dah ada tapi penyusunannya kurang menarik jadi saya cuba buat yang baru supaya nampak lebih padat dan berkesan. Tapi takpe apa yang penting pengisian di dalamnya memuatkan aktiviti dan program di sekolah ni untuk dikongsikan bersama-sama dengan kawan-kawan di seluruh negeri dengan cara bertukar-tukar pendapat, berkongsi masalah dan membuat penyelesaian yang berkesan ke atas satu-satu perkara. Maklum sajalah program jqaf ni masih lagi baru tentulah pada mulanya akan menghadapi mehnah dan tribulasi yang melingkunginya tapi apa yang penting hendaklah bersabar dan menghadapinya dengan tabah mudah-mudahan apa yang kita lakukan mendapat ganjaran pahala di sisiNya. Amin....

0 ulasan:

 
jQAF SK DATO NANING © 2008