Sabtu, 14 Mac 2009

Kem Bestari Solat

Semalam telah bermula kem bestari solat program jqaf untuk tahun satu yang diadakan selepas solat Jumaat dari jam 2.30 petang hingga 5.30 petang. Walaupun dibuat pada hari jumaat namun ramai juga murid-murid yang hadir. alhamdulillah.... kem ini merupakan pengalaman pertama anak-anak kecil apabila masuk ke sekolah ini dan yang pertama sebelum menyusul kem yang seterusnya. sebagai permulaan, pihak urusetia telah menekankan supaya setiap fasilitator memberikan tumpuan dahulu kepada teori dan amali wuduk kerana ianya merupakan asas sebelum mengerjakan solat. apabila perkara ini dah mantap barulah ditekankan pula kepada aspek solat pula tapi nanti buat kem yang lain pula. saya rasa kalau nak ikut bulat-bulat apa yang ada dalam buku panduan mengenai hal ini pun penat juga, manakan tidak setiap kem memakan masa 10 jam, kalau 4 tahun lebih kurang 40 jam. itu baru kem yang pertama tapi bila campur sampai keempat-empat kem tau-tau sendiri sajalah. penat gak tu... dalam pada itu saya tabik hormat kepada sekolah yang betul-betul tekun buat kem ini sampai 10 jam.Kalau sekolah saya memang tak mampu nak buat macam ni...buat pun hanya berikan tumpuan kepada kemahiran yang belum lagi dikuasai oleh murid dan yang selebihnya diulang-ulang dan diterapkan semasa pengajaran pendidikan islam. Saya rasa setiap sekolah ada kekuatan dan kelemahan masing-masing jadi terpulanglah macam mana nak melaksanakannya janji kem ini berjalan dan murid dapat menguasai kemahiran yang diajar. insya Allah selepas sahaja cuti sekolah ni akan diadakan pula kem bestari solat untuk tahun dua dan seterusnya. tunggu....

0 ulasan:

 
jQAF SK DATO NANING © 2008